upsrKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertindak membatalkan dua peperiksaan, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada tahun ini.

Menurut Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan (Pendidikan), pembatalan yang dibuat kerana perintah kawalan pergerakan (PKP) yang masih berterusan menyebabkan sesi persekolahan turut dihentikan.

Beliau berkata pembatan yang dibuat pihak kementerian tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid. Ini kerana satu mekanisma baru akan diperkenalkan bagi USPR dan PT3.

Beliau turut mengumumkan tarikh peperiksaan melibatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan ditunda kepada suku pertama tahun 2021.

Begitu juga dengan tarikh Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang akan ditunda pada tahun hadapan.

Tarikh peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) bagi Semester 2 turut mengalami perubahan kerana akan diadakan pada bulan Ogos ini, manakala peperiksaan Semester 3 akan diadakan pada tahun hadapan.

Bagi kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), dan Maktab Tentera Diraja (MTD) yang melibatkan keputusan UPSR bagi kriteria pemilihan, KPM akan memperkenalkan satu kaedah baharu pemilihan yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.

Kaedah baharu untuk PT3 juga akan diperkenalkan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.

Tarikh Kemasukan Ke Universiti Turut Berubah

Penjadualan semula tarikh peperiksaan SPM dan seumpanya tentu akan memberi kesan kepada kemasukan ke peringkat pengajian tinggi.

Menurut pengumuman yang dibuat, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menangguhkan tarikh kemasukan baharu ke institusi pengajian tinggi (IPT). Penangguhan yang melibatkan program asasi, matrikulasi dan peringkat diploma sehingga Julai atau Ogos 2021. Bagi program ijazah ditangguhkan pada September atau Oktober 2021.

Keputusan yang memberi kelegaan khususnya kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan berkaitan. Ini kerana kesukaran dalam proses pengajaran pembelajaran ketika PKP ini.

Akibat Covid-19, berkemungkinan murid-murid masih tidak bersekolah sehingga selepas sambutan hari raya Aidilfitri ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here