Penipuan atas talian yang masih berleluasa, tanpa mengira siapa, ada peluang terus ngap!! Kali ini scammer scam guru, tertimpa musibah dengan yuran pemprosesan hingga hampir RM50,000.

Kalau dah gitu, kenalah beringat-ingat supaya semua termasuk guru jangan mudah tertipu lagi.

Memetik berita dari Harian Metro hari ini, seorang guru dari Raub terpaksa menanggung kerugian hampir RM50,000. Asalnya nak meminjam RM50,000 tetapi kerugian RM50,000. Bala…

Ia disahkan Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang. Guru itu terpedaya dengan iklan tawaran pinjaman di Facebook.

Mungkin faedah yang ditawarkan begitu menarik!! Tanpa ragu-ragu guru itu meninggalkan nombor telefon di ruangan komen, seolah memberi ruang besar kepada penipu.

Episod seterusnya guru itu menerima panggilan telefon daripada seorang pegawai. Dakwanya dia pegawai dari CIMB Bank.

Setelah berbincang, RM50 000 menjadi kata putus oleh guru untuk membuat pinjaman. Segala yang diminta termasuk MyKad, salinan slip gaji dan penyata akaun sebagai syarat pinjaman diserahkan.

Setelah itu guru dimaklumkan pinjaman diluluskan dan diminta supaya membuat bayaran untuk membuka akaun, insurans dan yuran pinjaman berkenaan.

Ini yang pelik, kerana kena serahkan wang. Kebiasaannya akan dipotong dari wang pinjaman.

perlu pelik, sangsi dan sangat berhati-hati apabila sesuatu urusan tiba-tiba diminta supaya menyerahkan wang. Kena fikir-fikir dan fikir lagi kenapa perlu sedemikian.

Guru mungkin silap kerana tidak mahu bertanya pihak lain. Mungkin juga guru itu tidak pernah ada pengalaman meminjam dari intitusi kewangan yang sah.

Lagi pelik, madah berhelah apa yang digunakan penipu sehingga guru sanggup memasukkan wang bukan hanya sekali tetapi 12 kali pindahan ke dalam lima akaun yang diberikan penipu. Jumlahnya sehingga RM49,049, berhati-hati sobat!

Juga tak terasa pelikkah guru itu. Apa ilmu yang diguna penipu, wallahua’lam..

Bukan setakat wang yang belum diterima tetapi peminjam memnta membuat pindahan kali ke-13. Kali ke-13 baru tersedar ditipu lalu membuat laporan polis.

Sekadar pertanyaan, ada tak berita yang kita dengar, duit yang ditipu dapat kembali, banyak yang lebur dari dapat labur kembali.

Cikgu Nak 3 iPhone

Ini lagi satu berita guru tertimpa musibah scammer. Kenana berhajatkan iPhone, lebur RM26,900. Guru bukannya nak 1 iPhone tetapi 3 iPhone, akhirnya RM26,900 lebur.

Kisah dari Instagram, dah serah wang Jun tahun lalu, hujung Mac lalu minta lagi RM2,000. Baca seterusnya di Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here