Cabutan BertuahAcara cabutan bertuah ada ketikanya diadakan ketika majlis-majlis tententu seperti jamuan akhir tahun dan seumpamanya. Sekolah-sekolah juga tidak melepaskan peluang dengan acara berkenaan.

Tujuannya untuk menjadikan majlis lebih ceria serta menghargai kehadiran jemputan. Bahkan salah satu cara untuk menarik penyertaan jemputan seperti mesyuarat PIBG.

Kebiasaannya apabila ada acara cabutan bertuah, penganjur akan menyediakan satu senarai nama dalam kalangan kakitangan dan serta tetamu jemputan dengan diberikan nombor-nombor tertentu.

Menyediakan serta mencetak senarai nama, menggunting, melipat nombor juga memerlukan tenaga serta masa. Bagaimana sekiranya ada sesuatu cara yang lebih mudah untuk dibuat.

Kini anda boleh menggunakan satu laman web sama ada secara online atau offline untuk memilih mereka yang bertuah. Seolah-olah rancangan putaran “Roda Impian” yang popular suatu ketika dahulu, “putar Halim..putar!!

Anda boleh mencuba acara cabutan bertuah menggunakan laman WheelOfNames, sekiranya kehadiran hadirin dibawah 200 orang. Juga dalam majlis itu terdapat paparan LCD yang boleh dilihat semua penonton. Pilihlah seorang tetamu kehormat untuk mengklik tetikus wireless yang disediakan. Roda akan berputar dan memilih mereka yang bertuah.

Selepas percubaan dibuat, penganjur tidak boleh menentukan bertuahnya seseorang, melainkan nama seseorang itu diletak berulang kali. Nisbah untuknya menjadi pemenang lebih besar. Namun penipuan itu tentulah dilihat oleh mereka yang hadir kerana terpancar di layar hadapan.

Masa putaran juga boleh ditetapkan bermula dari 1 hingga 30 saat. Mungkin cabutan utama boleh dipanjangkan masanya.

Cara Adakan Cabutan Bertuah

Cabutan BertuahHanya pastekan senarai nama. Senarai yang boleh dimasukkan sehingga 200 nama.

Tetapkan masa putaran dari 1 hingga 30 saat. Tulis mesej untuk mereka yang bertuah. Beberapa option juga disediakan seperti pemilihan warna dan pilihan untuk menetapkan gambar di bulatan tengah. Selepas itu boleh disave untuk digunakan semasa majlis sama ada online atau offline.

Cabutan BertuahKetika majlis, jemput serta meminta VIP untuk mengklik tetikus pada butang berkenaan.

Roda impian akan berputar dan memilih mereka yang bertuah. Pilihan akan dibuat secara rawak apabila putaran roda berhenti.

Cabutan BertuahSetelah pemenang dipilih, nama yang bertuah terpapar. Selepas itu namanya boleh dibuang untuk memberi peluang kepada hadirin yang lain.

Bolehlah kik WheelOfNames untuk anjur cara cabutan bertuah lagi mudah. Semoga bermanafaat.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here