Tarikh Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilapor akan meminda tarikh peperiksaan utama susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang kini akan memasuki fasa 3 bermula 15-28 April 2020 akibat wabak Covid-19.

Ini memandangkan walaupun tempoh PKP tamat, pihak kerajaan tidak akan tergesa-gesa untuk terus memulakan sesi persekolahan.

Memetik laporan Malaysiakini yang memperolehi maklumat dari sumber yang diperolehi, portal itu memaklumkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diubah pada awal bulan Disember dari tarikh asal pada awal bulan September 2020.

Pentaksiran Pusat-Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dijanka akan dipinda ke akhir bulan Disember dari tarikh asal akhir bulan September dan awal bulan Oktober 2020.

Sumber tersebut juga menyatakan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Semester 3 serta Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)  mungkin akan dianjak ke pertengahan bulan Januari tahun depan. Tarikh asal STPM Semester 3 adalah pada 3, 4, 5, 9 dan 10 November manakala tarikh asal STAM pada 21, 22, 26 hingga 28 Oktober 2020.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula dijangka dijadualkan antara Januari ke Februari 2021. Tarikh asal SPM Fasa 1 5-14 Oktober dan Fasa 2 2-19 November 2020.

Pihak kementerian dilapor sedang bermesuyuarat untuk memuktamadkan tarikh-tarikh pindaan itu dan dijangka akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Ia juga memberi ruang serta persedian yang sewajar bagi pelajar untuk menghadapi pepeiksaan yang akan mereka duduki.

Takwim persekolahan juga dijangka akan turut mengalami perubahan susulan pindaan tarikh peperiksaan.

Peperiksaan Lain KPM Turut Berubah?

Susulah perubahan itu, KPM juga dijangka akan mengubah beberapa lagi peperiksaan awam dibawah kendalian kementerian itu termasuk;

  • Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Kolej Matrikulasi Sesi 2019/2020
  • Ujian Bertulis MUET Sesi 1/2020
  • Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
  • Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)
  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  • Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
  • Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA)
  • Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) – Lisan
  • Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) – Bertulis
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) -Bahasa Melayu 1104 dan Sejarah 1251
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Semester 2
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Ulangan 1
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Ulangan 2

Segala maklumat rasmi dan jadual pindaan adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi pihak kementerian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here