Penangguhan BayaranCikgu-cikgu, penjawat awam, serta semua peminjam layak mendapat penangguhan bayaran seperti mana yang diumumkan sebelum ini.

Begitu juga dengan pengumuman yang dibuat oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM), penangguhan pembayaran semua pinjaman, pembiayaan peribadi, serta pinjaman korporat akan ditangguh selama 6 bulan bermula April sehingga September depan.

Berikut antara beberapa perkara penting yang perlu diketahui oleh peminjam tentang penangguhan ini adalah:

  • Layak kepada semua individu dan PKS yang meminjam.
  • Penangguhan akan dilaksanakan secara automatik, oleh itu pemimjan tidak perlu memohon.
  • Jika tidak memerlukan penangguhan, hanya maklumkan kepada pihak bank dan bayar balik seperti biasa.
  • Pinjaman tidak boleh tertunggak lebih daripada 90 hari.
  • Pinjaman mesti dalam denominasi Ringgit.
  • Tiada faedah atau caj ke atas pembayaran lewat.
  • Anda tidak akan dimasukkan ke senarai CCRIS bagi penangguhan bayaran balik pinjaman.

Penangguhan Pinjaman ANGKASA

Berkaitan pinjaman yang dibuat melalui potongan Biro Angkasa, berikut hebahan daripada Unit Gaji, JANM Terengganu.

Sepertimana yang diumumkan oleh BNM, penangguhan pembayaran semua pembiayaan peribadi akan ditangguh selama 6 bulan bermula April depan.

Oleh itu, Pinjaman tuan/puan yang dipotong oleh ANGKASA juga akan ditangguh potongan bayaran selama 6 bulan.

Setakat ini hanya untuk pembiayaan bank-bank seperti berikut:-

1) Bank di bawah agensi potongan gaji ANGKASA iaitu MBSB, BSN, Agro Bank dan Bank Rakyat

5) Bank di bawah agensi potongan gaji Coshare iaitu Ar-Rajhi Bank dan Kuwait Finance Bank

6) Bank di bawah agensi potongan gaji I Destinasi iaitu RHB Islamic

Makluman yang diterima dari angkasa…sekiranya ada pertambahan dr agensi potongan, unit gaji akan maklum dari semasa ke semasa.harap maklum

Jika tuan/puan ingin meneruskan potongan, tuan/puan perlu rujuk kepada mana-mana bank yang berkenaan.

Manakala, untuk pembiayaan pinjaman daripada koperasi, sehingga kini ANGKASA belum menerima arahan daripada pihak koperasi untuk penangguhan bayaran.

Untuk sebarang pertanyaan, mohon untuk terus berhubung dengan pihak koperasi yang dimana tuan/puan ada membuat pinjaman.

Begitu juga dengan bayaran premium insurance selama 3 bulan, ANGKASA belum terima arahan dari syarikat insuran terlibat.

Sila berhubung dengan pihak syarikat insurance tuan/puan untuk sebarang pertanyaan.

Sekian dan terima kasih.

Penangguhan Pinjaman Perumahan LPPSA

Sebelum iini terdapat laporan menyatakan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) tidak akan mengambil langkah yang sama sebagaimana arahan BNM.

Namun ketika ini tiada kenyataan terkni daripada LPPSA selain makluman sebelum ini.

Penangguhan Bayaran LPPSAOleh itu satu petition dilancarkan di change.org menggesa LPPSA melaksanakan penangguhan bayaran sebagaimana dibuat institusi lain.

Maklumat berkaitan akan dikemaskini.

Peminjam perlu mengetahui yang caj faedah normal akan dikenakan seperti biasa kepada bayaran yang tertangguh oleh itu bayaran faedah akan bertambah, di mana akan ditambah pada jumlah pinjaman.

Selepas penangguhan, anda perlu membayar pinjaman dengan jumlah dan tempoh yang baru. Pihak bank akan memaklumkan perkara ini.

**Ketika ini, terdapat beberapa bank yang mengeluarkan kenyataan tidak akan mengenakan faedah semasa tempoh penangguhan, bermakna caj faedah tidak akan bertambah. Terima kasih…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here