Catatan Aktiviti GuruCatatan Aktiviti Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan garis panduan khusus bagi guru-guru untuk melaksanakan aktiviti PdP-Pengajaran dan Pembelajaran semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Ini bagi memastikan murid-murid mempunyai aktiviti berfaedah serta mendapat manafaat pendidikan sewajarnya semasa tempoh itu.

Aktiviti PdP dilaksanakan dari rumah dengan guru menyedia dan menyampaikan bahan serta tugasan mengikut keupayaan komunikasi murid itu sendiri.

Guru akan membimbing murid menggunakan medium serta aplikasi yang boleh diakses dalam melaksanakan tugasan serta arahan berkaitan PdP. Pelbagai kaedah serta strategi boleh dilaksanakan mengikut kreativiti guru itu sendiri.

Semasa melakukan aktiviti PdP, guru akan membuat catatan ringkas sebagai laporan apa yang telah diaksanakan.

Untuk menyelaraskan usaha itu, KPM juga menyediakan contoh catatan aktiviti PdP secara ringkas sebagai panduan guru-guru.

Contoh Catatan Ringkas Aktiviti Guru

Contoh Catatan Ringkas PdP

Muat turun Contoh Catatan PdP

Untuk melaksanakan PdP, guru akan menyampaikan bahan serta tugasan bergantung kepada keupayaan komunikasi murid itu sendiri. Ini kerana bukannya semua murid mempunyai akses internet untuk pembelajaran secara online.

Paling tidak pun khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) boleh menjadi medium paling simple sebagai pilihan.

Sebaiknya dengan data asas, sekurang-kurang guru-murid boleh berkomunikasi dengan aplikasi popular Whatsapp. Ini lebih memberi kemudahan kepada guru dengan mewujudkan group Whatsapp kelas masing-masing.

Antara aktiviti-aktiviti PdP semasa PKP, guru-guru boleh menghantar pelbagai tugasan seperti membina ayat serta karangan, melaksanakan tugasan melalui buku teks serta pelbagai aktiviti mengikut kreativiti guru itu sendiri.

Bagi murid yang mempunyai akses penuh internet guru boleh memberi pautan bahan seperti menjawab soalan-soalan kuiz seperti yang disediakan guru-guru melalui Google Form.

Guru-guru juga boleh menggunakan aplikasi Google Classroom sebagai medium PdP terbaik secara online. Berkongsi pautan-pautan video seperti mengakses EduwebTV dan CikgooTube serta aktiviti yang perlu dilakukan selepas itu serta pelbagai aktiviti lain yang boleh memenuhi kelapangan murid semasa PKP ini.

Apapun dorongan serta sokongan ibu bapa amat perlu kerana anak-anak sepenuhnya bersama ibu bapa ketika ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here