Ibu-bapa atau mereka yang inginkan kepastian sama ada sesebuah sekolah agama sah berdaftar atau tidak, kini boleh membuat semakan secara online.

Susulan kejadian yang menimpa seorang pelajar, yang maut dengan kesan lebam pada badan pada Khamis lalu setelah dihantar ke sebuah pusat tahfiz tidak berdaftar.

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil inisiatif mewujudkan Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam atau Simpeni bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan sama ada sekolah itu benar-benar berdaftar atau pun tidak.

Melalui portal Simpeni, semakan boleh dibuat dengan memilih kategori sama ada Semua Sekolah Agama, Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Swasta dan Sekolah Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa), mengikut negeri dan daerah yang dikehendaki.

Semakan akan dibuat dari keseluruhan 3,874 sekolah agama yang berdaftar dalam pelbagai peringkat di seluruh negara, termasuk 1,586 peringkat rendah, 794 peringkat tadika dan 704 peringkat tahfiz.

Melalui portal itu juga, iaitu melalui halaman Info Edaran, ibu-bapa akan dapat melihat dokumen agihan peruntukan khas kerajaan persekutuan bagi institusi pondok, tahfiz, sekolah agama negeri, sekolah agama rakyat, dan sekolah agama swasta berdaftar di seluruh negara.

Memetik laporan media, ahli akademik menyarankan agar setiap pusat tahfiz harus didaftarkan dengan agensi kerajaan, sama ada peringkat negeri atau persekutuan. Ia bertujuan bagi memudahkan pemantauan daripada pihak berkuasa, sekali gus menjamin kebajikan pihak berkepentingan.

Bimbingan dari pihak berkuasa juga perlu diberikan supaya setiap pusat tahfiz dapat memenuhi kriteria ditetapkan.

Mereka juga menyarankan undang-undang berkaitan juga perlu diperketatkan, termasuk pendaftaran semua pusat tahfiz. Ibu-bapa juga digesa supaya lebih berperanan untuk mengenal tahfiz yang dipilih untuk anak mereka adalah berdaftar supaya dapat mengelak kejadian yang sama berulang.

Semak Sekolah Agama Secara Online

Semakan boleh dibuat melalui portal Simpeni dengan memasukkan kategori sekolah sama ada semua sekolah agama, sekolah agama negeri, sekolah agama swasta dan sekolah kafa. Memilih negeri serta daerah yang diinginkan.

Contoh carian semua sekolah agama dalam daerah Kuala Terengganu

Setelah semakan dibuat, ibu bapa disarankan supaya mencari lebih maklumat tentang pusat tahfiz yang ingin dipilih.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here